Mon11202017

LAST_UPDATEMon, 20 Nov 2017 7pm

Patah Hidung Selepas Diserang Peminat Gara-gara Tolak Salam

..

Pelakon Korea, Lee Tae Gon, dilaporkan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami luka paah di wajah selepas diserang oleh dua individu yang didakwa sebagai peminatnya, baru-baru ini.

Wakil polis daerah Yongin Barat mengesahkan bahwa pelakon drama One Well-Raised Daughter itu ada membuat laporan mengenai dirinya diserang oleh dua individu yang di dakwa sedang mabuk. Bagaimanapun, dua invidu terbabit menafikan tuduhan tersebut.

Polis kini sedang melakukan siasatan sama ada dua individu terbabit yang lebih dulu menyerang atau pelakon itu hanya membela diri.

Sementara itu, akibat serangan berkenaan, Lee Tae Gon mengalami luka dan patah tulang hidung.

Menurut agensi Lee Tae Gon mengesahkankan, artisnya menjadi mangsa serangan dua lelaki tersebut dan laporan polis telah dibuat.

"Dia pergi ke balai polis untuk melaporkan diri sebagai mangsa. Lee Tae Gon diserang oleh dua lelaki, dan akibatnya dia terpaksa menjalani rawatan di hospital selepas mengalami luka pada wajahnya," jelas wakil agensi seperti yang dilaporkan Allkpop.com

Laporan media menyebut punca Lee Tae Gon diserang oleh dua individu berusia 30-an itu gara-gara dia menolak untuk berjabat tangan dengan mereka.