Fri06232017

LAST_UPDATEFri, 30 Jun 2017 8am

Dian Sastrowardoyo Risau Anak Sudah Pandai Melawa

..

Bintang filem Ada Apa Dengan Cinta 2, Dian Sastrowardoyo, 34, mengakui berasa risau dengan tingkah laku anak keduanya, Ishana Ariandra Nariratana Sutowo yang kini sudah mula suka berdandan meskipun baru mencecah usia 4 tahun.

Katanya, lebih membuatkan dia berasa lucu kerana minat anaknya itu timbul disebabkan sering melihatnya bersolek. Justeru ada ketika Dian terpaksa menyorok jika mahu berdandan.

"Saya tidak perlu memperkenalkan kepada dia kerana dia sudah tahun udah pakai pakai alat solek.

"Jadi, saya terpaksa tahan untuk tidak bersolek di hadapan dia," ujarnya sepeti yang dilaporkan DetikHot

Tambah Dian, dia sengaja melarang Ishana bersolek kerana puteri kesayangannya itu akan menggunakan barang-barang solek miliknya setiap kali mahu berdandan.

"Saya sudah mulai risau. Kalau saya tidak melarangnya, dia akan ambil semua kelengkapan solekan saya dan buat seperti miliknya," tuturnya sambil tertawa.

Mendirikan rumah tangga dengan Indraguna Sutowo pada 18 Mei 2010, anak sulung Dian merupakan seorang lelaki diberi nama Syailendra Sutow, kini berusia 6 tahun.

..