Fri11242017

LAST_UPDATEFri, 24 Nov 2017 10pm

Hidup Lebih Selesa Bila Tiada Kontroversi

..

Pelakon Shah Iskandar, 34, sengaja mengambil pendekatan tidak mahu terlalu mengejar populariti demi mengelak dari dikaitkan dengan apa-apa kontroversi.



Memetik laporan Utusan, Shah berkata, selepas berkahwin dia lebih selesa untuk mengutamakan keluarga apatah lagi perkahwinannya hanya akan mencecah usia setahun pada 16 Januari ini.

sebenarnya masih aktif berlakon dan drama lakonan saya pun sedang ditayangkan di kaca televisyen.

“Cuma, mungkin kurang tiada kontroversi yang membuatkan nama saya sedikit tenggelam. Saya pun lebih selesa bila tiada kontroversi apatah lagi selepas bergelar suami.

“Banyak hati yang saya perlu jaga terutamanya isteri dan keluarganya. Sebab itu saya mahu jaga imej daripada dikaitkan dengan kontroversi,” katanya.

Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz berkahwin dengan Siti Sarah Mohd. Nor, 31, pada 16 Januari tahun lalu.

Perkembangan lain, pelakon yang berasal dari Singapura itu akan membintangi drama Syurgaku Tak Sempurna yang akan mula ditayangkan pada 16 Januari depan menerusi saluran 116 HyppTV.