Thu06292017

LAST_UPDATEFri, 30 Jun 2017 8am

Aisyah Jawab Gosip Bercinta Dengan Rizky Febian

Aisyah menjelaskan hubungannya dengan Rizky Febian (kanan) hanyalah kawan rapat.Aisyah menjelaskan hubungannya dengan Rizky Febian (kanan) hanyalah kawan rapat.

Selepas digosipkan bercinta dengan penyanyi dan komposer popular Aizat Amdan tahun lalu, nama Aisyah Aziz sekali lagi menjadi perhatian apabila dikatakan menjalin hubungan dengan penyanyi seberang, Rizky Febian.

Semuanya bermula apabila Aisyah ke Jakarta, Indonesia dan dilihat menghabiskan masa bersama Rizky.

Aisyah bagaimanapun tampil menjelaskan hubungannya dengan penyanyi yang popular dengan lagu Kesempurnaan Cinta itu tidak lebih daripada seorang kawan.

"Saya tidak tahu macam mana gosip ini boleh timbul. Jujur saya katakan, kami berkawan rapat sejak bertemu di majlis Anugerah Planet Muzik dua tahun lalu. Tiada istilah bercinta, hubungan istimewa atau seumpamanya kerana kami hanya kawan.

"Saya berkampung di Jakarta selama lima hari untuk berbincang dan merakamkan lagu duet kami yang berjudul Pada Waktunya.

"Mungkin ada yang salah tafsir persahabatan kami apabila melihat gambar di Instagram. Percayalah, hubungan kami hanya atas dasar kerja sahaja," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Sambung Aisyah, dia jarang berhubung dengan Rizky dan hanya mengikuti perkembangan rakannya itu di Instagram.

Dalam pada itu, Aishah berkata dia menanti reaksi pendengar di Indonesia, Malaysia dan Singapura terhadap lagu duet tersebut yang bakal dilancarkan Mac ini.