Wed08232017

LAST_UPDATEThu, 24 Aug 2017 9am

Belum Ada Kata Putus

..

Acapkali diajukan soalan sama oleh pihak media tentang bilakah dia dan kekasihnya Adib Khalid mengakhiri hubungan cinta mereka ke jinjang pelamin, namun Izara Aishah masih belum berkongsi lanjut tentang perkara itu.

Menurut pelakon berusia 25 tahun ini, dia dan pasangannya ada berbincang mengenai perkahwinan tetapi belum membuat sebarang keputusan yang lebih muktamad mengenainya.

"Ia bukan soalan baru buat saya dan Adib kerana kerap juga kami diajukan soalan sama. Sebenarnya saya sendiri belum bersedia untuk bercerita mengenai perkahwinan.

"Bukan saya tidak mahu memberi sebarang jawapan, tetapi saya menghormati keputusan Adib yang memilih untuk menjawab sendiri persoalan itu," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.