Wed05242017

LAST_UPDATEWed, 24 May 2017 11pm

Bukan Gambar Bogel Saya – Emma Watson

FIGURA terkemuka Hollywood, Emma Watson dilaporkan menjadi mangsa apabila gambarnya dikatakan digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Cuma, jurucakap teraju utama filem Beauty And The Beast yang tidak ditayangkan di Malaysia itu menegaskan bahawa ia bukan gambar bogel aktres berkenaan.

“Ia merupakan gambar Watson ketika sedang mencuba busana bersama perunding imej beberapa tahun lepas.

“Gambar itu telah dicuri pihak tidak bertanggung jawab dan ia bukan foto bogel seperti mana disangka ramai pihak,” ujar jurucakap itu kepada E! News.

Sebelum ini, Watson menafikan kewujudan gambar sedemikian ketika diajukan perkara itu oleh media.

“Saya tahu ia sesuatu yang tidak benar kerana gambar sedemikian tidak pernah wujud,” tegasnya.

-Kosmo!