Mon10232017

LAST_UPDATEFri, 27 Oct 2017 9am

Datuk Hattan Nafi Wanita Yang Dakwa Dia Ditipu Rm1 Juta

PENYANYI, Datuk Hattan menyifatkan dakwaan seorang wanita yang mengaitkan dirinya sebagai punca pasangan suami isteri itu muflis adalah fitnah semata-mata.

Jelasnya, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam berhubung dakwaan tersebut.

“Saya sudah buat laporan polis semalam dan peguam telah mengeluarkan surat saman terhadap kedua-dua individu tersebut.

“Semua yang dinyatakan mereka adalah fitnah dan saya sudah serahkan kepada polis dan peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Mynewshub.

Juri tetap program Mentor Milenia 2017 itu menjelaskan kejadian tersebut dianggap sebagai satu ujian kepadanya.

“Apabila kita popular, ramai yang akan mengambil kesempatan,” katanya yang mengetahui video berkenaan melalui kenalannya.

Jelasnya, penyebaran video tersebut dianggap sebagai satu platform kepada wanita berkenaan untuk tujuan melariskan perniagaannya.

Hattan bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan wanita tersebut dan menyerahkan tindakan selanjutnya kepada peguam.

Tular di media sosial apabila seorang wanita yang menggelarkan dirinya Kak Zab mendakwa ditipu Hattan hingga mereka diisytiharkan muflis dan berhutang hampir RM 1 juta.

-- TV14