Wed10182017

LAST_UPDATEWed, 18 Oct 2017 3pm

Anak Will Smith Umum Bakal Lancar Lagu K-Pop

..

Impian bintang remaja popular Amerika Syarikat, Jaden Smith, mahu bergelar 'idola K-Pop' nampaknya bakal jadi kenyataan dalam masa terdekat.

Bukan lagi angan-angan kerana usaha pertama pelakon juga penyanyi rap berusia 18 tahun ini untuk mencipta nama di industri muzik Kpop akan dibuktikan dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Menerusi laman sosial Twitter, bintang filem The Karate Kid ini mengumumkan beliau akan melancarkan single K-pop pertamanya tidak lama lagi.

..

Ini bukan kali pertama anak kepada pelakon terkenal, Will Smith, ini menunjukkan minat yang sungguh-sungguh terhadap muzik K-pop.

Sekitar Disember lalu, Jaden memuat naik status di Twitter menyatakan hasratnya mahu menjadi bintang K-pop pada tahun 2017.

Selain itu, dia juga mengakui meminati ketua kumpulan BigBang, G- Dragon dan menjadikan penyanyi itu sebagai inspirasinya. Malah kedua-duanya pernah bertemu di Paris, sekitar tahun lepas.

..

J. Smith... hwaiting!!!