Fri06232017

LAST_UPDATEFri, 30 Jun 2017 8am

Ummi Nazeera Naik Pelamin 3 Ogos Depan

..

Aktres Ummi Nazeera, 27, mengumumkan beliau bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya iaitu Dr Izzar pada 3 Ogos depan.

Pelakon drama Nahu Rindu ini membuat pengumuman tersebut secara langsung menerusi Facebook miliknya.

Menurut Ummi, majlis berkenaan akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

"InsyaAllah dengan izin Allah swt, majlis Ijab & Qabul Ummi dan Dr Izzar akan diadakan pada 3hb Ogos 2017 bersamaan 10hb Zulkaedah 1438 Hijriah. Majlis ini akan diadakan secara tertutup dan hanya akan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.

"Majlis Resepsi sebelah Ummi akan diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 5hb Ogos 2017 bersamaan 12hb Zulkaedah 1438 Hijriah dan pada 12hb Ogos 2017 bersamaan 19hb Zulkaedah 1438 Hijriah. Kad jemputan akan akan mula diedarkan pada bulan Jun kelak.

"Ummi berdoa agar semua urusan yang dirancang berlangsung dengan lancar dan dimudahkan Illahi," katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada Malaysian Digest.com pada Jumaat.

..

Terdahulu, Ummi mengikat tali pertunangan Dr Izzar, 30, pada 11 Disember tahun lalu selepas diperkenalkan oleh keluarga masing-masing.