Tue07252017

LAST_UPDATETue, 25 Jul 2017 8am

Rumah Keeping Up With The Kardashians Dilelong RM39juta

..

Kediaman mewah yang menjadi lokasi penggambaran program realiti Keeping Up With The Kardashians dilaporkan dalam proses untuk dijual.

Seperti dilaporkan Metro, hartanah itu ditawarkan dengan harga AS$8.95 juta atau kira-kira RM39 juta.

..

Kediaman mewah itu mempunyai reka bentuk uni dan mewah seperti sebuah istana.

Rumah berkeluasan hampir setenggah hektar itu menempatkan tujuh bilik tidur dan lapan bilik mandi serta fasiliti yang lengkap.

Hiasan dalaman rumah mewah itu juga turut mempunyai lukisan mural daripada pelukis terkenal Giorgio Tuscani.

Selain penggambaran program realiti keluarga Kim Kardashian, ia juga pernah menjadi lokasi siri HBO iaitu Rome dan True Blood.