Wed09202017

LAST_UPDATEWed, 20 Sep 2017 3pm

IU Wujudkan Kelab Peminat Rasmi Selepas 9 Tahun

..

Hampir sembilan tahun selepas penampilan sulungnya, penyanyi yang cukup poular dengan gelaran 'Korea little sister', IU, akhirnya secara rasmi menubuhkan kelab peminat.

Agensi penyanyi tersebut, Fave Entertainment mengumumkan bahawa mereka kini mahu mengumpulkan peminat untuk kelab peminat IU yang diberi nama "UAENA." Peminat boleh mendaftar keahlian mereka bermula 17 Julai hingga 6 Ogos.

Peminat yang menjadi ahli kelab akan mendapat faedah termasuk cederamata khas, keutamaan mendapat tiket awal untuk konsert solo dan acara bertemu peminat.

IU atau nama sebenarnya Lee Ji Eun, 24, mula memacu karier sebagai penyanyi pada tahun 2008. Kemudian dia secara konsisten mengadakan acara bertemu peminat meskipun tidak memiliki kelab peminat rasmi.

..