Wed08232017

LAST_UPDATEThu, 24 Aug 2017 9am

Izreen Azminda Tak Tolak Jodoh Dengan Suami Orang

..

Aktres Izreen Azminda, 32, mengakui tidak menolak jika satu hari nanti ditemukan dengan lelaki berstatus suami orang.

 

Memetik laporan mStar online, Izreen berpendapat tidak salah jika seorang lelaki yang sudah bergelar suami ingin berkahwin lagi memandangkan dalam Islam tidak melarang mereka untuk mempunyai isteri seramai empat orang selagi berkemampuan dan boleh berlaku adil terhadap wanita yang dikahwini.

"Saya tak nak kata tidak pada suami orang. Takut nanti apa yang kita tak nak itu yang Allah akan berikan.

"Tak pasal-pasal apa yang kita cakap berbalik kepada kita sendiri pula.

"Cuma, apa yang boleh saya katakan jika lelaki itu mampu, tak salah untuk dia nak kahwin lain sebab sememangnya mereka boleh ada empat orang isteri," katanya.

Dalam pada itu, Izreen tidak terdesak untuk mencari pasangan hidup buat masa kini. Dia lebih tertumpu kepada anaknya iaitu Muhammad Adrian Umar yang sudah berusia empat tahun.