Sun09242017

LAST_UPDATESun, 24 Sep 2017 2pm

Tak Suruh Pun Afifah Layan Kerenah Aliff

..

Pengarah drama Izinkan Aku Mencintaimu, Mansor Akob menyangkal dakwaan Afifah Nasir bahawa pihak produksi mengarahkan aktres tersebut melayan kerenah Aliff Aziz bagi melancarkan penggambaran drama itu.

 

Memetik laporan Harian Metro, Mansor berkata sepanjang penggambaran drama tersebut, dia tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian.

"Saya tidak pernah menyuruh mereka rapat, malah jauh sekali untuk membuat perancangan seperti didakwa Afifah.

"Bagi saya itu hanya cakap-cakap kosong dalam kalangan kami. Soal masalah di lokasi perkara biasa dan susah nak elak. Namun kedua-dua mereka tetap memberikan komitmen baik,” katanya.

Tambahnya, dia tidak tahu-menahu mengenai kehadiran Aliff dan Afifah di sebuah pusat karaoke, di sini, pada 27 Julai lalu.

"Perancangan karaoke pun saya tak tahu langsung," katanya.

Terdahulu, Aliff dan Afifah mencetuskan kontroversi selepas kantoi dengan isteri Aliff, Bella Astillah di pusat karaoke itu.

Aliff ditahan polis untuk siasatan selepas didakwa mengasari isterinya ketika kejadian.

Isnin lalu, Afifah mengadakan sidang media mendakwa ia perancangan pihak produksi drama itu.

Afifah turut menjelaskan kehadirannya ke pusat karaoke itu atas urusan kerja.

Sementara itu, Aliff enggan lagi mengulas mengenai isu itu dan menyerahkan kepada masyarakat untuk menilainya sendiri.

"Saya berasakan rakyat Malaysia pun penat dengan isu ini. Saya pun sudah bercakap bahagian saya. Jadi tak ada apa lagi nak diperkatakan," katanya.