Tue09192017

LAST_UPDATEWed, 20 Sep 2017 8am

Konsert F1NALE 2017 Bakal Tampilkan Artis Popular Asia Tenggara

..

Apa cara yang lebih baik untuk mengucapkan selamat tinggal kepada perlumbaan Formula 1 kalau bukan memberikan dua kali ganda hiburan kepada para penonton di Grand Prix Formula 1 Petronas Malaysia 2017?

Seperti yang diketahui, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menjadi tuan rumah edisi ke-19 dan terakhir Grand Prix Formula 1 Malaysia 2017 dari 29 September hingga 1 Oktober.

Selain menyaksikan perlumbaan bertaraf dunia ini, peminat Formula 1 berpeluang bergembira bukan hanya satu hari dua hari konsert!
 
"Konsert yang akan diadakan pada 30 September dan 1 Oktober itu nanti, menjanjikan sesuatu yang cukup menakjubkan ketika kami mengucapkan selamat tinggal kepada perlumbaan F1," kata Dato 'Razlan Razali, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang.
 
Pada waktu pagi, para peminat akan menikmati persembahan karakter kartun dan animasi popular Upin & Ipin yang akan menjadi penampilan khas di Grand Prix Formula 1 Petronas Malaysia 2017.

Bukan itu saja, turut ditampilkan persembahan Buskers dan sketsa komedi oleh Abam Bocey, Atu Zero dan Shuib & Rahim (Sepahtu). Semua persembahan akan diadakan di pentas di kawasan Fan Zone.
 
Di sebelah petang pula, peminat di kawasan B Hillstand akan di hiburkan oleh barisan artis terkenal tanah air seperti M. Nasir, Jaclyn Victor, Aiman ​​Tino, Wani Hasrita, dan kumpulan Akim & Magistret.

Akim & The Majistret.Akim & The Majistret.
 
Sementara pada hari kedua pula akan ditampilkan artis-arti yang juga tidak kurang hebatnya terdiri daripad kolaborasi istimewa Anugerah Planet Muzik yang menampilpil penyanyi-penyanyi terkemuka dari Asia Tenggara.
 
Oleh kerana ini adalah acara F1 yang terakhir Malaysia sebagai tuan rumah, pasti ia akan menjadi istimewa untuk peminat sekaligus meninggalkan kenangan hebat.
 
"Pada masa lalu, kami mempunyai nama-nama antarabangsa yang besar yang menjayakan Konsert Selepas Perlumbaan kami seperti Guns and Roses, Jamiroquai, Calvin Harris, Rain dan kumpulan Kpop,"
 
"Untuk tahun terakhir ini, kami mahu Formula 1 menjadi acara paling unggu ini, kami berjanji untuk memberikan sebuah persembahan konsert yang hebat di dalam dan di luar trek. Kami berharap peminat teruja untuk menikmati perlumbaan untuk Kali terakhir di Litar Antarabangsa Sepang," tambahnya.
 
Konsert F1NALE terbuka kepada semua pemegang tiket Grandstand (Grandstand Utama, K1 Grandstand dan F Grandstand) dan pemegang tiket lain boleh menambah tiket ke nilai yang setara dengan tiket Grandstand untuk masuk.

Konsert F1NALE di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)

30 September 2017

Pentas Fan Zone Stage (Mall Area)
11.00am-11.30am and 1.00pm - 1.30pm Persembahan oleh Boboiboy & Yaya

3.00pm - 3.30pm Persembahan oleh Abam Bocey dan Atu Zero.

4.00 - 4.30pm Meet & greet: Akim & The Majistret, Aiman Tino and Wani Hasrita.


Pentas Utama (konsert) 6.00pm - 10.00pm
Akim & The Majistret
Aiman Tino
Wani Hasrita
Jaclyn Victor*
M. Nasir

1 Oktober 2017
(Akan diumumkan tidak lama lagi)