Fri12152017

LAST_UPDATEFri, 15 Dec 2017 5pm

Sahut Cabaran Bergelar Ratu Ais, Jejaki Antartika

Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir (belakang, keempat dari kiri) bersama barisan calon yang hadir pada sesi pemilihan peringkat pertama yang diadakan pada 13 Ogos lalu.Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir (belakang, keempat dari kiri) bersama barisan calon yang hadir pada sesi pemilihan peringkat pertama yang diadakan pada 13 Ogos lalu.

Selepas 10 tahun kejayaan Ekspedisi Kutub Selatan (2004) dan Kutub Utara (Artic) yang disempurnakan pada tahun 2007, ekspeditor negara, Dr. Hjh Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, memulakan misi mencari protoge-protoge untuk menyahut cabaran ‘All Women Expedition to Antartica’ (Aweta) 2018.

 

Menariknya AWETA 2018 mencari lima wanita Malaysia untuk menyempurnakan misi membawa pulang kapsul masa yang pernah ditanam oleh beliau ketika menjejakkan kaki benua kelima terbesar di dunia itu.

"Semasa ekspedisi Kutub Selatan (Antarctica), saya telah menanam kapsul masa (time capsul) yang membawa mesej daripada YAB Perdana Menteri ketika itu iaitu YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi. Komitmen yang saya berikan kepada kerajaan Malaysia pada ketika itu ialah saya pastikan ada rakyat Malaysia yang akan mengambil dan membawa balik kapsul itu pada sebelum 2018.

"Saya percaya ramai wanita Malaysia mampu menggalas misi ini dan ingin melaksanakan misi ini demi meletakkan nama Malaysia di peta dunia dan melakar sejarah sebagai Kumpulan Pertama Wanita Malaysia yang berjaya merentasi Kutub Selatan," katanya yang juga sudah berjaya berjaya melaksanakan misi Greeland pada tahun 2011.

Pada 13 Ogos lalu, telah diadakan sesi pemilihan peringkat pertama bertempat di Laman Sari Bussiness Park. Seramai 15 calon hadir dan menjalani ujian saringan termasuklah ujian fizikal dan kecergasan serta menjawab beberapa soalan ujian minda (IQ test). Hanya seorang peserta yang menepati kriteria cabaran dalam saringan pertama sekaligus layak sebagai antara 100 protege untuk peringkat awal.

Daripada 100 protege yag dipilih nanti akan melalui beberapa saringan dan hanya 30 orang akan dipilih dengan setiap seorang akan tersingkir setiap minggu selama 13 minggu.

Peringkat akhir, seramai lima protege akan berlepas ke Antartika sementara dua lagi menjadi protege simpanan.

Sesi pemilihan peringkat awal mencari calon yang bakal bergelar Ratu Ais seterusnya, akan diadakan pada 24 Ogos ini bertempat di Politeknik Shah Alam, pada 16 September bertempat di Universti Institut Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan pada 23 September di Kolej Komuniti Kota Tinggi, Johor.

Penyertaan terbuka kepada seluruh wanita rakyat Malaysia dan tiada had umur maksimum ditetapkan projek ini.

Maklumat lanjut layari http://aweta2018.weebly.com/rakan-strategik-kami.html