Tue09192017

LAST_UPDATEWed, 20 Sep 2017 8am

Guna Status Kerabat Jemput Kekasih di Lapangan Terbang

..

Nampaknya Putera Harry sanggup berbuat apa-apa untuk Meghan Markle. Baru-baru ini putera berusia 32 tahun ini dipercayai telah menggunakan status kerabatnya sebagai putera raja bagi mendapatkan keizinan untuk kekasihnya itu melangkaui prosedur biasa di lapangan terbang Heathrow dan terus menuju ke kereta.

 

Menurut laporan Express, Harry sendiri pergi menjemput Meghan sebaik saja pelakon drama Suit itu tiba dari Toronto ketika hari perkahwinan Pippa Middleton yang berlangsung sekitar Mei lalu.

"Harry diiringi pengawai polis dan beliau berada di dalam kereta Audi RS6 berwarna hitam. Dia juga diiringi pengawal peribadi yang mengikutnya di belakang."

"Meghan biasa hanya membawa bagasi tangan. Semua pemeriksaan keselamatan perlu dilakukan terlebih dahulu atau di atas kapal kerana dia akan berjalan terus dari tangga pesawat ke kereta Harry," dedah satu sumber.

Seorang lagi sumber yng dipercaai adalah 'orang dalam', mendedahkan bahawa Harry dan Meghan juga ditawarkan untuk menggunakan Suite Windsor, lounge peribadi yang sering digunakan oleh raja-raja dan juga Perdana Menteri.

"Pihak lapangan terbang telah menawarkan perkhidmatan untuk mengiringi tetamu VIP secara langsung ke pesawat mereka tanpa perlu bertemu dengan orang lain.

"Bagaimanapun, Harry merasakan ia tidak perlu menghabiskan banyak wang di atasnya apabila dia boleh membuat persiapannya sendiri.

"Ia berharga 3,000 poundsterling untuk menggunakan Windsor Suite jadi agak mahal," kata individu berkenaan.

Bekas ketua perlindungan Diraja, Ketua Superintendan Dai Davies menjelaskan bahawa adalah perkara biasa untuk keluarga diraja dijemput terus dari tarmac. Ini menunjukkan bahawa hubungan Harry dengan Meghan adalah serius.

"Mengingat siapa Harry, kerana dia ditemani oleh pegawai polis dan apa-apa pemeriksaan keselamatan akan ditetapkan terlebih dahulu, maka saya tidak rasa ia luar biasa," katanya.

Sementara itu, Penolong pegawai Lapangan Terbang Heathrow bagaimanapun enggan mendedahkan apa-apa butiran mengenai perkara itu.

"Peraturan keselamatan penerbangan dan pelindung untuk anggota keluarga Diraja, termasuk pergerakan mereka melalui lapangan terbang, adalah sulit dan mematuhi sepenuhnya keperluan pengawalseliaan.

"Adalah tidak sesuai untuk mendedahkan peraturan itu di khalayak ramai," kata pengawai tersebut.