Tue09192017

LAST_UPDATEWed, 20 Sep 2017 8am

Sharnaaz Dikecam Gara-gara Cadangan Muat Naik Video Main Judi

..

Semenjak bergelar suami, agak lama juga Sharnaaz Ahmad tidak 'muncul' di media sosial dengan kenyataan atau pandangannya yang boleh mengundang isu dan mencetuskan kontroversi.

 

Namun baru-baru ini, Sharnaaz ada meluah pendapat berhubung lambakan golongan lelaki menghasilkan video tutorial solekan di laman sosial dan nampaknya telah mengundang kemarahan sesetengah pengikut media sosial.

Menerusi laporan mStar online, Sharnaaz menulis kenyataan meminta golongan itu menjadi anak 'jantan' selain mencadangkan agar mereka tampil dengan video bermain judi berbanding tutorial solekan.

Tweet tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut media sosial namun rata-ratanya mengecam pelakon filem Jebat itu.

"Aku buka Facebook, Instagram penuh dengan jantan buat tutorial solekan... ni mak ampa, cubalah jadi jantan h***t... paling kurang pun, live main judi ka!," tulisnya.

..

 

Ramai beranggapan Sharnaaz tidak sepatutnya membuat perbandingan judi bagi menegur kelompok itu walaupun ia mungkin sekadar gurauan.

Meskipun ada bersetuju dengan pandangan itu namun ramai meminta Sharnaaz berhati-hati dalam menyuarakan pendapat selain menyifatkan contoh bermain judi sebagai tidak masuk akal.

"Setuju... tapi bab judi itu tukarlah kepada tadarus ke berkebun ke atau gembala kambing.

"Judi itu sendiri menunjukkan betapa seorang manusia boleh menjadi sampah! Saya tidak boleh hadam dengan kenyataan anda.

"Benda itu (tutorial solekan) bukan menjatuhkan maruah diri... sepuluh kali lagi baik daripada judi," antara kritikan yang ditulis pengikutnya di Twitter.