Mon09252017

LAST_UPDATEMon, 25 Sep 2017 1am

George Clooney Sara Pelarian Yang Nyaris Ditembak ISIS

..

Pasangan selebriti George Clooney dan Amal Alamuddin mengakui menampung kehidupan seorang pelarian Iraq. Pemuda tersebut dikenali sebagai Yazidi dan kini menetap di kediamannya yang terletak di Agusta, Kentucky.

 

Memetik laporan Aceshowbiz, Clooney menjumpai Yazidi selepas pemuda itu berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa serangan ISIS. Dia kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat hingga menyambung pendidikan di Universiti Chicago.

"Ketika itu dia sedang berada di dalam bus menuju ke Mosul, tiba-tiba kumpulan ISIS menembak pemandu bas yang dinaikinya itu dan berkata, 'Sesiapa pun yang ingin ke kuliah, kami akan menembak mereka.'

"Dia (Yazidi) bagaimanapun terselamat dan kemudian nekad berhijrah ke Amerika," cerita George Clooney.

Sejak pertemuan pertama dengan pemuda itu, aktor berusia 58 tahun ini berjanji akan membantunya sedaya yang dia mampu. Salah satu janjinya ialah dengan membantu pemuda berkenaan mendapatkan pendidikan.

"Dia mejalani beberapa pemeriksaan. Dan selepas lulus semua peperiksaan aku berkata kepadanya, 'Kami ada untuk kamu. Kamu ingin mendapatkan pendidikan? Ingin meneruskan hidup kamu? Kami akan membantumu merealisasikannya'," tutur Clooney lagi.