Sat11252017

LAST_UPDATESat, 25 Nov 2017 12am

Hidung Berdarah Gara-gara Mikrofon

..

Penyanyi popular Taeyang mengalami kecederaan ketika sedang membuat persembahan pada konsert jelajahnya di San Jose, California baru-baru ini.

 

Insiden tersebut berlaku ketika anggota kumpulan Big Bang ini menghiburkan peminat menerusi dendangan lagu 'Only Look At Me'. Sambil menyanyi, Taeyang turun menari dengan penuh bersemangat.

Malangnya, ketika dia mahu mengambil mikrofon di depan, dalam pada tidak sengaja mikrofon tersebut terpelanting dan 'menghentam' wajah bintang berusia 29 tahun ini.

Akibatnya bahagian bibir atasnya berdarah. Tidak mempedulikan kecederaan yang dialami sebaliknya Taeyang tetap profesional dan meneruskan nyanyiannya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

..

Sejurus tamat persembahan, seorang kru mendekati Taeyang dan memberitahu mengenai darah yang mengalir di bahagian mulutnya. Taeyang dengan reaksi bersahaja kemudiannya menyapu darah yang mengalir itu.

Taeyang atau nama sebenarnya Dong Young Bae bakal meneruskan jelajah konsertnya, Taeyang 2017 White Night World Tour in Kuala Lumpur bertempat di Stadium Negara pada 15 Oktober depan.