Sun09242017

LAST_UPDATESun, 24 Sep 2017 10am

Rasa Macam 'Diperkosa'

..

Kehidupan Selena Gomez boleh dianggap sempurna. Masakan tidak, dia pempunyai karier yang bagus, popular, punyai ramai pengikut di seluruh dunia dan didampingi kekasih yang merupakan penyanyi terkenal, The Weeknd.

 

Namun di sebalik semua itu, pelantun lagu "Fetish" ini sebenarnya pernah melalui pengalaman buruk ketika dia mengecap populariti di usia muda.

E! melaporkan, bintang yang baru saja menerima gelaran sebagai Wanita Pengubah Dunia versi Time ini mengakui kenangan terburuknya adalah ketika dia sedang berada di pantai dan tiba-tiba gambarnya dirakamkan oleh individu yang tidak dikenali.

Saat itu, bekas kekasih Justin Bieber ini berasa privasinya telah diganggu.

"Saya ingat, saya benar-benar berasa seperti 'diperkosa' ketika saya masih muda, mungkin usia 15 atau 16 tahun.

"Ketika itu saya berada di pantai dan ada orang merakamkan gambar saya. Ya mereka jurugambar."

"Saya tidak sangka ada juga orang yang kenal siapa saya. Saya berasa 'diperkosa', privasi saya diganggu dan saya tidak menyukainya.

"Rasanya pelik kerana saya masih muda dan mereka adalah lelaki dewasa. Apa yang pasti, saya tidak suka perasaan seperti itu", akuinya.

Meskipun begitu, Selena tetap meneruskan kariernya sebagai aktres dengan membintangi siri "Wizards of Waverly Place" pada 2012.

Menginjak usia 18 tahun, kariernya sebagai selebriti dirasanya semakin merundum.

"Kemudian, saya boleh katakan bahwa, kalau saya akan mengakhiri karier saya di usia 18 tahun.

"Ketika itu saya merasakan tidak suka dengan bakat seni diri sendiri," katanya.

Mujur saat itu Selena tidak berputus asa. Selama empat tahun melalui masa-masa sukar, penyanyi berusia 25 tahun ini akhirnya kini memiliki karier yang cemerlang baik di persada muzik mahupun lakonan.