Fri12152017

LAST_UPDATEFri, 15 Dec 2017 12pm

Fathia Mengaku Tak Sedar Aksinya Menari, Seksi Ditonton Umum

..

Biarpun dia sudah memohon maaf menerusi laman sosial Instgram berhubung kontrovesi aksinya menari dan seksi bersama pelakon Natasha Elyzza dalam video Bigo Live yang tersebar minggu lalu, namun nama Fathia Latiff masih terus hangat diperkata ramai.

Terbaru, menerusi laporan sebuah portal berita, Fathia memberitahu sesi menari tersebut hanya di antara dia dan beberapa orang rakan wanitanya ketika mereka menyewa sebuah villa.

Fathia berkata video tersebut dirakam bukan untuk dipertontonkan kepada umum.

"Itu adalah saya. Ketika itu saya dan beberapa rakan berada di villa yang disewa.

"Sesi menari itu hanya di antara saya dan rakan-rakan perempuan dan kami menari di dalam bilik mandi," katanya.

Menurut Fathia lagi, dia berasa malu dengan apa yang terjadi. Malah dia tidak menyedari video mereka dirakam menerusi aplikasi Bigo Live juga boleh diakses oleh orang ramai.

"Sudah tentu saya berasa malu dengan apa yang telah berlaku. Siapa yang mindanya masih waras mahu menunjukkan sebahagian tubuh badannya kepada seluruh dunia?

"Saya tidak pernah mendengar aplikasi itu sebelum ini," ujarnya.