Fri12152017

LAST_UPDATEFri, 15 Dec 2017 12pm

Lay (EXO) Disaman Gara-gara Tak Bayar Tiket Kapal Terbang

..

Sebuah syarikat penerbangan memfailkan saman terhadap penyanyi Lay atau nama sebenarnya Zhang Yixing kerana tidak menjelaskan baki bayaran tiket penerbangannya dalam tempoh yang ditetapkan.

Sekitar bulan Mei lalu, angota kumpulan EXO itu mengupah ejen untuk membeli dua tiket pesawat bagi menghadiri dua buah majlis di China. Sekeping tiket yang dibeli berharga 11,050 yuan dan satu lagi berharga 11,815 yuan. Keseluruhannya berjumlah ialah 22,865 yuan (kira-kira RM14,558).

Bagaimanapun, ejen tersebut tidak membuat pembayaran penuh malah terus mengelak untuk mejelaskan bayaran tersebut. Akibatnya, syarikat penerbangan itu mengalami kerugian sehingga memaksa mereka menuntut sebanyak 26,235 yuan (kira-kira RM16,703) termasuk tambahan kerugian.

Sementara itu wakil pihak Lay di China membuat kenyataan balas mengenai isu itu.

"Kakitangan Studio kami membeli tiket penerbangan daripada agen yang bernama Liu Quan. Kakitangan Studio membuat pembayaran penuh untuk tiket itu, namun Liu Quan tidak membayar semua bayaran kepada syarikat yang mengeluarkan tiket penerbangan tersebut.

Setakat ini, kami tidak mendapat notis daripada mahkamah atau plaintif. Sekiranya kami menerima apa-apa notis dari mahkamah, kami akan membayar kos tersebut kepada plantif terlebih dahulu, dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Liu Quan.

"Keprihatian dan seluruh rasa cinta anda semua (peminat) untuk Zhang Yixing amat dihargai. Setakat ini, itu saja yang kami tahu mengenai isu tersebut. Pihak kami sedang menyiasat kebenaran dan akan mengendalikan isu ini secara serius berdasarkan fakta," kata agensi Lay dalam satu kenyataan.