Mon10232017

LAST_UPDATEFri, 27 Oct 2017 9am

Anak Hadiahkan Kim Kardashian Kotak Harta Karun Palsu

..

Insiden dia dirompak ketika berada di sebuah hotel di Paris sekitar Oktober tahun lalu pastinya masih belum dapat dilupakan sepenuhnya Kim Kardashian.

Bagi personaliti televisyen popular ini, kejadian tersebut adalah pengalaman paling ngeri yang pernah berlaku dalam hidupnya.

Tidak menduga keterujaannya untuk menghadiri minggu pertunjukkan fesyen Paris Fashion Week ketika itu lenyap serta-merta apabila dua orang perompak meyerbu masuk ke bilik penginapannya dan salah seorang perompka itu mengacukan pistol ke arahnya. Bukan itu saja, laporan media menyebit, wajah Kardashiandi serkup dan di kurung di bilik mandi.

Tambah malang, bintang Keeping Up With The Kardashian itu mengalami kerugian besar ekoran barang-barang perhiasan mahalnya dibawa lari perompak berkenaan.

Lapor media antarabangsa, insiden tersebut dianggap kejadian rompakan paling besar di Paris selepas 10 tahun.

Kardashian telah 'terbang' ke Paris pada Februari lalu untuk menghadiri perbicaraan kes tersebut dan memberi keterangan kepada pihak mahkamah.

"Di sana, saya sebenarnya berharap proses perbicaraan kes ini dapat selesai secepat mungkin tetapi ternyata ianya tidak. Saya harus bersabar dan menjelaskan secara terperinci mengenai kejadian tersebut. Dan itu susah sukar bagi saya," katanya.

Isteri penyanyi Kanye West ini bukan hanya mengalami kerugian dari segi material malah dia mengalami trauma selama beberapa bulan.

Ibu kepada dua cahaya mata ini bernasib baik kerana dia banyak mendapat sokongan moral daripada keluarga juga orang sekelilingnya sepanjang menangani malasah trauma yang dihadapinya. Antara yang membantu dia 'keluar' dari trauma ialah buah hatinya, North West.

"North menghadiahkan saya sebuah kotak harta karun plastik dan dia juga memasukan barang perhiasan. Barang-barang itu palsu dan diprbuat dariada plastik.

"Dan dia berkata kepada saya, 'Mommy, ini tentu akan membuatkan mommy berasa tenang kalau ke Paris. Bagi saya pemberiannya lebih daripada sebuah harga barang perhiasan," katanya.