Sun12172017

LAST_UPDATESun, 17 Dec 2017 10am

Stesen TV Sokong Zahirah Ganti Fathia

..

Teka-teki mengenai siapakah aktres yang bakal menggantikan menggantikan Fathia Latiff yang digugurkan dalam drama La Luna terjawab apabila pelakon Zahirah MacWilson dipilih untuk melakonkan watak Luna.

Menerusi laporan mStar online, keptusan tersebut disahkan sendiri oleh penerbit TenView Sdn Bhd, Norazah Sahud yang memberitahu pemilihan pelakon wanita itu adalah atas persetujuan pihak produksi dan disokong oleh stesen RTM.

"Ya, watak Luna yang sebelum ini dilakonkan oleh Fathia Latiff digantikan oleh Zahirah MacWilson.

"Kami berharap agar penggambaran drama ini akan berjalan lancar seperti yang dijadualkan," jawabnya.

Terdahulu, Fathia Latiff selaku pelakon utama drama tersebut telah digugurkan gara-gara aktres itu didakwa mempunyai masalah disiplin.

Malah, penggambaran babak yang membabitkan Fathia akan dirakamkan semula.

Selain Zahirah, drama Liza Ismail itu turut dibintangi oleh Azrel Ismail, Afiq Muiz dan Alisya Sandha.