Sat10212017

LAST_UPDATEFri, 27 Oct 2017 9am

Song Ji Hyo Teringin Menetap Di Malaysia

Aktres popular yang juga merupakan hos program realiti terhangat Korea Running Man, Song Ji Hyo, tidak keberatan sekiranya mempunyai peluang untuk berada lebih lama di Malaysia kerana dia seronok setiap kali berkunjung ke sini.

Menurut bintang berusia 35 tahun ini, selain teringin melawati tempat-tempat menarik, menikmati keindahan negara ini, dia juga mahu mencuba pelbagai makanan tempatan.

"Hi semua. Saya seronok dapat kembali lagi ke Malaysia dan sangat menghargai sambutan peminat terhadap saya setiap kali saya datang ke sini.

"Saya dengar memang banyak tempat menarik di sini. Saya juga dengar banyak makanan yang lazat-lazat dan saya teringin mahu menikmatinya. Alangkah bagusnya kalau saya ada peluang berada dan tinggal di sini dengan lebih lama," katanya sambil tersenyum sambil melambai-lambai ke arah peminat.

Song Ji Hyo membuat kemunculan istimewa pada majlis pelancaran telefon pintar di pusat membeli belah terkemuka, Pavilion, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Song Ji Hyo ketika di majlis pelancaran Samsung Galaxy Note8 bertempat di Pavilion KL, hari ini.Song Ji Hyo ketika di majlis pelancaran Samsung Galaxy Note8 bertempat di Pavilion KL, hari ini.

Ini merupakan penampilan kali kedua Ji Hyo tampil secara solo selepas pernah berkunjung ke ibu negara pada Oktober tahun lalu sempena pembukaan kedai kasut jenama Korea, Shoppen di Bukit Bintang.

Selain itu, dia pernah datang bersama lima lagi hos Running Man iaitu Yoo Jae-suk, Haha, Ji Suk-jin Kim Jong-kook (Turbo) Lee Kwang Soo sempena Running Man Race Start Season 2 in Malaysia sekitar dua tahun lalu. Dan kali terakhir, acara Running Man Live in Malaysia yang berlangsung di The Mines pada April 2017.

Ji Hyo atau nama sebenarnya Cheon Seong Im, 35, mula meraih populariti menerusi lakonannya dalam drama bersiri Princess Hours/Goong (2006). Antara drama lain yang pernah dibintangi seperti A Frozen Flower (2008), Emergency Couple (2014) dan Kim Ex-Girlfriend Club (2015).

Selain berlakon dan mengacara, anak kelahiran Pohang, Utara Gyeongsang ini turut dikenali sebagai model komersial dan produk kosmetik dan jenama fesyen. Dia juga pernah muncul dalam beberapa muzik video antaranya lagu Heaven (kumpulan JYJ) dan Lonely Night (Gary feat. Gaeko).

Bakat hasil lakonan Ji Hyo menerusi drama dan filem turut mendapat pelbagai perhargaan dan anugerah seperti anugerah Best Actress of The Year (drama Emergency Couple) dan yang terbaharu, dia meraih trofi Best Transboundary Female Artist anugerah Sina Weibo Night Awards 2016.

- mD