Mon10232017

LAST_UPDATEFri, 27 Oct 2017 9am

Josiah Hogan Kempunan RM280,700 Gara-gara Didakwa Bergurau Keterlaluan

..

Harapan pelakon Josiah Hogan, 31, membintangi sebuah filem produksi Hollywood tidak kesampaian gara-gara digugurkan daripada produksi tersebut sekitar Disember tahun lalu.

 

Memetik laporan Kosmo!,  pemilik nama sebenar Mohamad Musleh ini, memberitahu dia sepatutnya melakonkan watak makhluk elf (orang bunian) dalam sebuah naskhah seperti filem Lord of The Ring.

Malah dia sudah pun melepasi tiga saringan uji bakat dan menandatangani kontrak, namun perjanjian tersebut ditamatkan atas alasan yang tidak masuk akal iaitu bergurau perkara yang tidak sepatutnya.

Ekoran digugurkan daripada produksi itu, Josiah terpaksa akur kerana habuan yang dijanjikan sebanyak AS$67,000 (RM280,700) juga hilang begitu sahaja.

"Nama saya digugurkan kerana produksi berkenaan memberi alasan sikap saya yang dilihat cuba bergurau secara keterlaluan dalam satu kiriman video kepada mereka.

"Ketika itu, saya diarahkan membuat video sebagai pengganti kerana tidak dapat hadir ke acara memperkenalkan pelakon di sana. Saya tidak boleh ke mana-mana kerana terikat dengan penggambaran semula beberapa babak filem KL Vampires di tanah air," terangnya.

Mengakui kecewa, namun isu itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba nasib di Hollywood.

Perkembangan lain, dia kini sedang menantikan tayangan filem lakonannya iaitu Surf This Love, KL Vampire dan KL Special Force.