Mon10232017

LAST_UPDATEFri, 27 Oct 2017 9am

'Encik Sotong' Didenda RM1,200 Gara-gara Tumbuk Bangla

..

Menerusi laporan Harian Metro, pelakon Sharnaaz Ahmad didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki warga Bangladesh, Julai lalu.

 

Majistet Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 32, selepas tertuduh mengaku salah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya.

Aktor yang popular menerusi drama Suamiku Encik Sotong itu turut berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Dia membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Sharnaaz didakwa dengan sengaja mencederakan pekerja kelab golf, Gouz Ali dengan menumbuk muka lelaki itu di sebuah kelab golf di Taman Tun Dr Ismail, pada 5.30 petang, 22 Julai lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya.