Sun12172017

LAST_UPDATESun, 17 Dec 2017 10am

6 Pelakon Muda Bakal Jayakan Teater Muzikal OlaBola

Lagenda bola sepak Kebangsaan, Hassan Sani (tiga dari kiri) bersama barisan pelakon Teater Muzikal Ola Bola.Lagenda bola sepak Kebangsaan, Hassan Sani (tiga dari kiri) bersama barisan pelakon Teater Muzikal Ola Bola.

Produksi terkemuka tanah air, Enfiniti telah memilih enam orang bakat baharu yang akan memengang peranan sebagai ahli pasukan Harimau Malaya dan watak Drill Sarjan Ahmad dalam Teater Muzikal OlaBola (OlaBola The Musical).

Tentunya satu berita baik buat peminat filem OlaBola kerana pelakon yang semakin melonjak naik namanya, Muhd ​​Luqman Hafidz dan Lim Jian Wen akan memainkan semula peranan masing-masing sebagai Ahmad Ali dan Ong Tiam Cai, dalam teater tersebut. Selepas berjaya mencuri hati rakyat Malaysia dengan lakonan mereka dalam filem, mereka akan menyahut cabaran sekaligus membuktikan pula bakat mereka di pentas teater

Naskah yang akan diarahkan oleh penerbit terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina ini akan dipentaskan di Istana Budaya mulai 8hb Februari tahun hadapan.

Turut terpilih, barisan pelakon yang tidak asing lagi di pentas teater, Brian Chan yang akan menghidupkan watak Chow Kwok Keong aka Tauke serta Abimanyu Masilamani sebagai Muthu Kumar dan Chris Chalmers (yang dikenali sebagai Kai Chalmers) sebagai Eric Yong.

Brian Chan sebelum ini pernah menjayakan teater seperti 'Rent', 'Uda dan Dara 2015' dan 'Badai Petir'. Sementara Masilamani pernah yang muncul teater 'Sand The Musical' dan memenangi anugerah untuk Prestasi Terbaik dalam Peranan Utama di Boh Cameronian Arts Awards Anugerah Ke-13 2016.

Manakala penyanyi, pencipta lagu dan pelakon, Chalmers, yang berkelulusan dari The Arts Educational Schools, London sering mendapat pelbagai peranan utama dalam teater muzikal termasuk memainkan karakter 'Meng' dalam The Story Of Kuala Lumpur, terbitan Enfiniti.

Selain itu, penyanyi rap Altimet diberi kepercayaan sebagai penulis lirik OlaBola The Musical. Dia akan membuat persembahan teater debutnya sebagai Drill Sarjan Ahmad.

Keenam-enam pelakon ini yang merupakan antara 40 pelakon yang dipilih selepas saringan seramai lebih daripada 300 bakat yang menghadiri ujibakat OlaBola The Musical yang diadakan pada hujung Ogos lalu.

Mereka akan membuat penampilan pertama secara live menerusi single OlaBola bertajuk "Luarbiasa" pada konsert Megastar Akademi Fantasia yang akan berlangsung pada 8 Oktober (Ahad ini) jam 10.00 malam, yang akan disiarkan di Astro Ria (Astro Channel 104) dan Astro Ria HD (Astro Channel 123)

"Luarbiasa" akan diperdengarkan secara eksklusif di stesen radio Astro ERA FM "Super 40 ERA" pada Isnin, 9 Oktober sebelum ia disiarkan di semua saluran radio nasional mulai 10 Oktober (Selasa).

Sementara itu, Enfiniti akan mengumumkan barisan bintang utama tidak lama lagi. Tiket-tiket akan mula dijual pada pertengahan Oktober 2017.

Untuk maklumat lanjut dan butir-butir tiket, layari laman web di www.olabolamusical.com dan ikuti FB Enfiniti (https://www.facebook.com/EnfinitiMY) dan IG (https: //www.instagram.com/enfinitimy) halaman.