Sun10222017

LAST_UPDATEFri, 27 Oct 2017 9am

Emma Enggan Komen, Minta Tanya Kamal & Zahirah

..

Baru-baru ini peminat dikhabarkan dengan berita hubungan Emma Maembong dan Kamal Adli semakin serius malah Emma pernah memberitahu media dia sebolehnya mahu terus bernikah tanpa ikatan pertunangan.

 

Bagaimanapun, menerusi laporan BH online, Emma enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya bersama pelakon lelaki itu buat masa ini.

Pelakon drama Awak Suka Saya Tak ini sebaliknya meminta persoalan mengenai status perhubungan mereka diajukan kepada Kamal Adli dan aktres Zahirah Macwilson.

"Maaf, buat masa ini saya tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

"Sebarang persoalan mengenai status hubungan kami boleh diajukan kepada Kamal atau Zahirah," katanya.

Status hubungan mereka tiba-tiba menimbulkan tanda-tanya selepas Kamal memuat naik gambar terbaru dan meminta semua pihak mendoakan perkara yang baik saja buat mereka.

Jawapan Emma turut menambahkan lagi teka-teki mengenai hubungan cintanya bersama aktor terbabit, apatah lagi apabila beliau turut memetik nama Zahirah.

Sebelum ini, Kamal dan Zahirah menarik perhatian ramai menerusi gandingan mereka dalam drama berjudul Duda Pujaan Dara.

Sementara itu, meskipun tidak meletakkan label terhadap hubungan mereka, Emma dan Kamal mula rapat sejak tiga tahun lalu.

Manakala Zahirah pula sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon Zul Ariffin.