Mon11202017

LAST_UPDATESun, 19 Nov 2017 10pm

Tak Sampai Hati 'Lepaskan' Ali Pada Orang Lain

Kredit foto Instagram Luqman HafidzKredit foto Instagram Luqman Hafidz

Watak sebagai Ahmad Ali yang dilakonkan menerusi filem pertamanya, Ola Bola yang ditayangkan sekitar 2015, membuka peluang kepada Luqman Hafidz mengorak langkah membina nama dalam industri lakonan tempatan.

Biarpun sudah dua tahun berlalu namun Luqman atau nama sebenarnya Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi, 25, mengakui karakter itu masih memberi kesan terhadap dirinya menyebabkan dia sayang mahu 'melepaskan' Ali kepada pelakon lain.

Lantaran dia berusaha bersungguh-sungguh dan menghadiri ujibakat untuk pementasan teater muzikal Ola Bola yang diarahkan oleh Puan Tiara Jacquelina.

"Saya rasa tidak sampai hati nak lepaskan watak Ali pada orang lain. Sebab itu saya berusaha sedaya upaya saya menghadiri ujibakat dan membuktikan saya mampu menghidupkan kembali watak ini di pentas teater pula.

"Saya dan barisan pelakon filem Ola Bola yang lain menjalani sesi ujibakat sebanyak empat kali. Saya tiada masalah untuk pergi casting kerana sudah biasa lagipun dulu sebelum dapat tawaran berlakon filem saya mula dengan pergi ujibakat.

"Alhamdulillah saya terpilih. Saya teruja tetapi dalam masa sama saya tahu saya harus membuktikan yang saya betul-betul layak kerana pentas teater cabarannya lebih besar kerana ," katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman barisan pelakon teater muzikal tersebut, baru-baru ini.

Selain Luqman, pelakon asal filem yang turut terpilih ialah Lim Jian Wen yang akan memainkan semula peranan Ong Tiam Cai pada teater yang akan dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya mulai 8 Februari depan.

Sementara barisan pelakon lain seperti Iedil Putra, penyanyi rap Altimet serta beberapa pelakon yang tidak asing lagi di pentas teater antaranya Brian Chan, Abimanyu Masilamani dan Chris Chalmers.

Dalam pada itu, berkongsi pula mengenai sesi latihan setakat ini, Luqman berkata cabaran paling besar bukan saja dia berlakon secara live bahkan menyanyi
menari kerana ia satu pengalaman baharu dan tidak pernah dilakukan sebelum ini.

"Antara yang mencabar ialah saya harus menyanyi dan rap. Ada dua lagu Hip-Hop nyanyian saya secara solo. Rap tidak terlalu susakr bagi saya sebab ketika zaman sekolah saya memang suka rap.

"Selain itu satu lagi yang susah sebab saya harus menari dan saya memang tiada asas dalam tarian. Sekarang saya menjalani latihan dan ambil kelas dengan kumpulan B-Boy yang juga terlibat dalam pementasan teater ini," katanya lagi.