Thu11232017

LAST_UPDATEThu, 23 Nov 2017 6pm

Jason Lo Nafi Ditahan di Dubai Kerana Dadah

..

Menerusi laporan mStar online, penyanyi dan penerbit muzik Jason Lo menafikan laporan media bahawa beliau ditahan di Dubai baru-baru ini atas dakwaan memiliki dadah.

Dalam satu kenyataan kepada theedgemarketmarkets.com pada Khamis, Jason yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Talk dimasukkan ke dalam lokap kerana cuba membantu rakannya yang cuba menghentikan insiden pergaduhan.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Evening News itu berkata beliau bergelut dengan seorang lelaki yang dipercayai polis pengintip, lapor portal berkenaan.

Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan CEO sebuah syarikat telekomunikasi tempatan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai kerana memiliki dadah pada September lalu.

Portal berita itu memetik sumber sebagai berkata CEO terbabit yang tidak dinamakan dibebaskan selepas selesai menjalani hukuman di negara berkenaan pada Selasa lalu.

"Individu itu menjalani hukuman di Penjara Pusat Al-Aweer, Dubai.

"Dia ditahan pihak berkuasa UAE pada 18 September lalu sebaik tiba dengan penerbangan dari Amsterdam, Belanda," kata sumber kepada portal berita tersebut.

Menurut sumber, pihak berkuasa menemui dadah yang disembunyikan di dalam bagasinya semasa pemeriksaan.

"Dia ditahan selama dua minggu di pusat tahanan lapangan terbang untuk siasatan lanjut," katanya.