Sat11252017

LAST_UPDATESat, 25 Nov 2017 2am

Iqram Dinzly Terkilan Dikecam, Didakwa Tidak Waras

..

Menerusi laporan BH online, pelakon Iqram Dinzly telah meluahkan rasa terkilan dengan netizen yang masih mengkritik dirinya setiap kali memuat naik entri di laman sosial Instagram.

 

Pelakon berusia 36 tahun ini berkata, dia menyedari dirinya seorang manusia yang tidak sempurna namun dia sekadar mahu berkongsi kreativitinya.

"Saya tahu, diri ini manusia yang banyak berdosa. Saya berusaha untuk tidak menyusahkan sesiapa, namun masih ada manusia yang bersangka tidak baik.

"Salahkah saya berseni sendiri? Seolah-olah saya meminta 'royalti' kepada mereka. Atau saya harus diam (daripada kritikan netizen)?" soalnya.

Beberapa hari lalu pelakon Iqram Dinzly teruk dikecam gara-gara berkongsi gambar swafoto bersama arwah bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said, ketika lelaki itu terlantar sakit. Lebih-lebih lagi gambar berkenaan menunjukkan ada gula-gula di mulut bapanya.

Rata-rata pengikut media sosial menyifatkan perkongsian foto sedemikian tidak sopan dan tak sepatutnya dipaparkan bagi perkongsian umum.

Selain itu, Iqram juga didakwa tidak waras ekoran beberapa video pelik yang dimuat naik di laman sosialnya, selain keadaan fizikal pelakon berkenaan yang dilihat semakin tak terurus.

Bagaimanapun dia mengambil pendekatan untuk tidak mempedulikan segala kecaman diterimanya.

"Terima kasih kerana mengambil berat mengenai diri saya. Cacilah, caci sebanyak mana yang hendak dicaci.

"Saya hanya mampu berdoa dan akan berusaha untuk cuci, suci dan murni dengan segala yang terjadi. Itu antara saya dan Ilahi," katanya.