Mon12182017

LAST_UPDATEMon, 18 Dec 2017 9am

Timang Anak Ketiga, Asfan Janji Kongsi Foto Selepas 44 Hari

..

Menerusi laporan Harian Metro, penyanyi Asfan dan isterinya Ain Sakinah Razali menyambut kelahiran anak lelaki ketiga, 2.22 pagi, hari ini.

Bayi mereka selamat melahirkan di hospital swasta di Petaling Jaya, selepas Ain Sakinah dimasukkan ke ruang bersalin pada jam 7 malam.

Berita gembira itu dikongsi Asfan menerusi akaun Instagram miliknya

"Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana isteri melahirkan secara normal dan dipermudahkan. Tepat 2.22 pagi, bayi lelaki dengan berat 3.31 kilogram selamat dilahirkan.

"Sepanjang tempoh itu saya berada di samping isteri. Kini isteri dan bayi kami dalam keadaan stabil.

"Buat masa sekarang, saya hanya berkongsi sebahagian gambar anggota bayi. Insya Allah, selepas 44 hari, saya akan kongsikan gambar penuh pula," kata pelantun lagu Sumpah Cintaku ini.

..

Isterinya berpantang di kediaman mereka di Damansara di bawah jagaan ibu mentuanya dan pembantu.

Pasangan ini yang berkahwin pada 2012, mempunyai dua anak lelaki, Ali Haytham Shah, 4, dan Ali Wakeel Shah, 2.