Mon12182017

LAST_UPDATEMon, 18 Dec 2017 2pm

Kang Daniel (Wanna One) Sukar Berjalan, Bercakap

..

Anggota kumpulan Wanna One yang mempunyai paling ramai peminat, Kang Daniel terpaksa direhatkan beberapa hari daripada menjalani aktiviti bersama kumpulannya selepas serang demam panas.

 

Memetik laporan Koreaboo, penyanyi berusia 20 tahun ini mula tidak sihat ketika menjalani penggambaran sebuah filem, pada Selasa lalu. Keadaannya semakin teruk hingga memaksa penggambaran dihentikan.

Dia menerima rawatan selepas dimasukkan ke hopital sejak 6 Disember lalu. Kesakitan yang dialami mengakibatkan dia sukar untuk bercakap dan berjalan.

"Dia mengalami pening dan demam panas dan kami telah membawanya ke hospital. Disebabkan itu kami membatalkan terus penggambaran pada hari itu.

"Berdasarkan hasil pemeriksaan, Kang Daniel mungkin tidak dapat mengikuti jadualnya untuk beberapa hari," kata agensinya YMC Entertainment menerusi satu kenyaatan.

Selain Kang Daniel, Wanna One terdiri daripada 10 lagi anggota. Kumpulan sensasi Korea ini bakal bakal mengadakan konsert sulung, Wanna One 1st Fan Meeting in Kuala Lumpur, di Stadium Negara, pada 19 Januari depan.