Sun07222018

LAST_UPDATESun, 22 Jul 2018 8pm

Seniman Latiff Borgiba Meninggal Dunia di Usia 80 Tahun

..

Pelakon veteran, Latiff Borgiba atau nama sebenar Abdul Latiff T. K. Gomu Kakah meninggal dunia akibat sakit tua sebentar tadi di kediamannya, di Kuala Lumpur.

Ia disahkan oleh anak Allahyarham, Ab Uzza Ab Latiff yang merupakan jurukamera di Astro AWANI sejurus selepas beliau mendapat panggilan dari bondanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun.

Menurut Ab Uzza, Allahyarham mengalami kekejangan pada awal Rabu. Anak-anak datang melawat Allahyarham malam tadi di kediamannya. Bapa saya kelihatan stabil dan masih boleh berkomunikasi dengan anak-anaknya ketika kami datang melawat.

"Ayah sudah lama menghidap sakit tua," katanya.

Dilahirkan di Bangkok, Thailand, Latiff yang berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1946 meninggalkan seorang balu, Fatimah Leman dan 16 orang anak.

Sepanjang hayatnya di dalam dunia seni, Allahyarham sangat sinonim dengan watak-watak antagonis dalam filem serta drama yang diterbitkan sejak 1960-an.

Latiff pernah melakonkan beberapa buah filem termasuk 'Dang Lenggang', 'Ribut di Hujung Senja' dan 'Anakku Suamiku". Antara produksi televisyen yang pernah dibintangi Latiff termasuk drama 13 episod berjudul, "Tekukur Tak Berbunyi Lagi".

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak sekitar jam 9 malam ini.

 

sumber : Awani