Sat04212018

LAST_UPDATESat, 21 Apr 2018 3pm

Mahu Bawa 100 Orang Tunai Umrah di Makkah

..

Penyanyi Syahrini mempunyai azam sempena menyambut tahun 2018. Murninya hati bekas teman duet Anang Hermansyah ini kerana dia berhasrat membawa 100 orang untuk menunaikan umrah di tanah suci Makkah.

 

Terdahulu pelantun lagu I Love You Allah ini pernah menanggung pembiayaan umrah untuk 20 orang baru-baru ini.

"Kalau Allah beri rezekinya lebih banyak, saya berhasrat mahu membawa 100 orang menunaikan ibadah umrahkan. Doakan rezeki saya ya," kata selebriti berusia 35 tahun seperti yang dilaporkan Detikhot.com

Selain itu, Syahrini juga merancang mengadakan konsert sulung sempena ulang tahun perjalanan karier dalam persada muzik Indonesia yang sudah mencecah selama 10 tahun.

"Ingin konsert 10 tahun berkarya," tuturnya.