Wed01242018

LAST_UPDATEWed, 24 Jan 2018 9am

Shahid Kapoor Lelaki Terseksi Asia 2017

..

Selepas wanita terseksi versi akhbar Eastern Eye diumumkan baru-baru ini, tiba giliran lelaki Asia Terseksi 2017 yang mana gelaran itu menjadi pemilik aktor Bollywood, Shahid Kapoor.

 

Berdasarkan hasil poling para pembaca untuk pemilihan '50 Sexiest Asian Men 2017', Shahid Kapoor berada di keduukan pertama Lelaki Asia Terseksi 2017 manakala di belakangnya aktor Hrithik Roshan.

Sementara itu, Zayn Malik berada di kedudukan ketiga diikuti oleh Vivian Dsena. Bintang Ashish Sharma terpaksa puas berada di kedudukan kelima sementara Fawad Khan menyusul di belakangnya, Fawad Khan.

Tahun lalu, Shahid Kapoor berada di kedudukan ketujuh sementara jolokan lelaki paling seksi 2016 milik Zayn.

Gembira dengan predikat tersebut, Shahid aktor berusia 36 tahun itu mendedikasikan kemenangannya kepada para peminat.

"Saya ingin berterima kasih kepada peminat semua yang sudah memilihku.

"Aku percaya keseksian bukan hanya tentang fizikal tapi juga perspektif dalam kehidupan. Ini semua untuk peminat saya yang sentiasa menyokong saya,"kata Shahidseperti dilapor India Times.

Shahid meraih populariti sejak tahun pada 2003 selepas dia memenangi Anugerah Filmfare kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Kemudian, Shahid pernah tercalon dalam Anugerah Filmfare kategori Pelakon Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Imtiaz Ali Jab We Met dan Vishal Bhardwaj's Kaminey.

Pada tahun 2014, Shahid membintangi filem Haider dan memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Filmfare. Kemudian dia sekali lagi meraih penghargaan untuk hasil lakonannya dalam drama Udta Punjab, yang memenangi Anugerah Kritikan Filmfare untuk Pelakon Terbaik.

Shahid, 36, berkahwin dengan Mira Rajput pada tahun 2015 di Delhi. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Misha, berusia satu tahun.

Perkembangan terkini, Shahid membintang filem kontroversi Padmavati dan dijangka ditayangkan pada Februari tahun depan.