Selepas Bercuti Berdua di Malaysia, Jerry Yan Sedia Lamar Kekasih

  • Print

..

Selepas bercuti berdua di Malaysia sekitar dua bulan lalu, penyanyi dan pelakon popular Taiwan, Jerry Yan khabarnya bakal mengahwini teman wanitanya, Lin Chi Ling tidak lama lagi.

Pada pertengahan November lalu, dua bintang ini terlihat sedang bersama di ibu negara sekaligus menguatkan lagi spekulasi pasangan ini sudah kembali menjalin semula hubungan cinta yang terputus sejak 2006.

Teman baik Jerry yang dikenali sebagai Will Liu mendedahkan bahwa bekas anggota kumpulan F4 itu akan melamar Lin Chi Ling dalam masa terdekat.

Jerry dan Lin Chi Ling sempat ke gym di hotel mereka menginap ketika datang bercuti di Kuala Lumpur, November lalu.Jerry dan Lin Chi Ling sempat ke gym di hotel mereka menginap ketika datang bercuti di Kuala Lumpur, November lalu.

Pada 1 Januari lalu, menerusi laman sosial Weibo, Will Liu memuat naik sekeping foto dia bersama Jerry berserta kapsyen ucapan selamat hari lahir untuk sahabatnya itu. Dia juga memberikan hadiah dan memberitahu bahawa Jerry bakal melakukan sesuatu yang 'rahsia'.

Apatahlagi, pada malam tahun baru lalu yang juga merupakan hari jadi Jerry, Lin Chi Ling dikatakan tidak muncul di mana-mana acara pentas. Spekulasi timbul kalangan peminat mengatakan pasangan itu mungkin meraikan hari istimewa itu bersama

Tambahan, sejak kebelakangan ini Lin Chi Ling berkongsi mengenao tempat yang diinginkan untuk pergi berbulan madu.

Sementara itu, Lin Chi Ling mengulas mengenai gosip tersebut, penyanyi itu berkata kepada pihak media Taiwan bahwa dia belum lagi menjalinkan semula hubungan dengan Jerry tetapi mereka baru saja bertemu.

Selain Jerry, kumpulan F4 dianggotai oleh Vanness Wu, Ken Chu dan Vic Chou. Jerry, 41, satu-satunya anggota yang masih belum mendirikan rumah tangga.