Thu07192018

LAST_UPDATEThu, 19 Jul 2018 2pm

"Apa Yang Saya Tahu, Dia Bukan Begitu" - Fadzil Zahari

..

Pelakon yang juga merupakan adik kepada Datuk Farid Kamil, Fadzil Zahari terkejut apabila diberitakan tentang laporan abangnya itu mengamuk di Balai Polis Cawangan Trafik, Kota Damansara.

Suami kepada aktres Yana Samsuddin itu bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut tentang hal itu dan menyerahkan kes sepenuhnya kepada pihak polis.

"Apa yang saya tahu, dia bukan begitu. Saya memang terkejut apabila dia ditahan oleh pihak polis dan didakwa menampar anggota polis dan menimbulkan kekacauan dalam kalangan orang awam di dalam balai polis tersebut.

"Ibu dan bapa di kampung (Alor Setar) dan mereka sudah tahu tentang hal ini. Semoga mereka dikuatkan hati untuk berdepan dengan berita mengejutkan ini," kata Fadzil seperti yang dilaporkan Kosmo!

Semalam, dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita bintang filem Lagenda Budak Setan berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Cawangan Trafik, Kota Damansara.

Selain menampar polis dia turut menendang dua orang awam di dalam balai berkenaan.

Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek menunjukkan mesej aplikasi whatsapp 300 artis hutang ah long.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, ujian air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis ganja.

Polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek, hari ini.

 

{ Baca lagi : Aktor Popular Bergelar Datuk Tampar Polis, Tendang Orang Awam

                   Kes Farid Mengamuk di Balai: "Beri Kami Ruang Selesaikan" - Diana

                   Polis Sahkan Positif Ganja }