Wed04252018

LAST_UPDATEWed, 25 Apr 2018 2pm

Lee Dong Wook Dilantik Duta Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang

Lee Dong-wook.Lee Dong-wook.

SEOUL --  Pelakon popular Korea Selatan, Lee Dong-wook pada Jumaat dinobatkan sebagai duta Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, lapor agensi berita Yonhap. 

Dalam satu majlis diadakan di Seoul, Lee menyertai beberapa bintang Korea yang lain termasuk pelakon Lee Min-ho dan Kim Woo-bin yang menjadi jurucakap untuk Sukan Musim Sejuk pertama dianjurkan di Korea Selatan.

Kejohanan akan bermula pada 8 Februari selama 17 hari di Pyeongchang dan dua bandar lain di wilayah Gangwon.

Jawatankuasa penganjur berkata, Lee akan mengambil bahagian dalam aktiviti promosi untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik pada 2018.

"Saya amat teruja apabila satu lagi Sukan Olimpik akan diadakan di negara ini, seingat saya menonton Sukan Musim Panas 30 tahun lalu di Seoul ketika masih kecil. 

"Saya akan berusaha melakukan yang terbaik untuk menarik perhatian peminat antarabangsa mengunjungi Pyeongchang," kata Lee, yang kini berusia 36 tahun.

Di samping itu, beliau akan bersama peminatnya menyaksikan acara Paralimpik dan telah membeli 1,000 tiket untuk acara paralimpik yang akan berlangsung pada 9 hingga 18 Mac.

-- BERNAMA