Tue06192018

LAST_UPDATETue, 19 Jun 2018 10am

Isu Farid Positif Dadah: Fathia Cabar Polis Buktikan Mereka 'Clean'

..

Ketika masyarakat masih terkejut dengan penahanan Datuk Farid Kamil berhubung isu amukan di balai polis dan disahkan positif dadah, aktres kontroversi Fathia Latiff sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik status di laman Twitter miliknya malam tadi.

Fathia dalam kenyataannya itu menggesa pihak berkuasa melakukan ujian air kencing ke atas pegawai polis susulan penahanan Farid yang dikaitkan dengan dadah jenis ganja.

"Farid Kamil sedang marah. Jangan salahkan ganja. Siasat polis kemungkinan mereka juga positif (dadah)," tulisnya yang kini berada di Berlin, Jerman.

Tambah Fathia, dia turut mencabar pihak polis untuk membuktikan mereka ini 'bersih' daripada najis dadah.

..

Pelakon drama Ariana Rose ini juga berpendapat pihak polis sepatutnya tidak mendedahkan kes melibatkan Farid kecuali mendapat 'keizinan' untuk mendedahkan laporan tersebut.

..