Sat06232018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 4pm

Tiada Kena Mengena Dengan Politik

..

Pelakon drama Titian Cinta, Farah Nabilah menjelaskan kehadirannya di sebuah majlis anjuran Barisan Nasional (BN) baru-baru ini bukan kerana dia menyertai parti tersebut.

Lapor mStar online, Farah sebaliknya berkata dia dijemput sekadar untuk berkongsi tentang topik perbincangan mengenai perkasakan wanita.

"Saya terima banyak mesej peribadi yang bertanya "eh join politik pulak ker?" Tidak.

"Fawaa dipanggil untuk berkongsi tentang women empowerment tiada kena mengena dengan politik. Harap maklum," tulisnya menerusi Instastory pada Ahad.

Terdahulu, sahabat puteri BN seluruh negara menghadiri majlis pelancaran Azalea 2018 yang berlangsung di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana pada Sabtu lalu.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain Farah, penyanyi Fyn Jamal turut menjadi salah seorang artis jemputan untuk pengisian program tersebut.