Sun02182018

LAST_UPDATESat, 17 Feb 2018 10pm

Siti Pilih Berpantang 44 Hari

 

..

Penghibur nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza merancang untuk menjalani proses berpantang selama 44 hari selepas beliau melahirkan puteri sulungnya nanti.

Selain itu, Siti, 39, juga akan membuat latihan vokal serta mengembalikan tenaga untuk aktif semula dalam nyanyian.

"Sama seperti wanita lain juga, saya akan melalui proses berpantang selama 44 hari dan selain itu akan melakukan latihan vokal.

"Saya juga akan mengembalikan stamina atau tenaga untuk aktif semula menyanyi selepas bersalin nanti," katanya seperti yang dilapor mStar online.

Siti juga tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengadakan majlis baby shower sebaliknya dia dan suami hanya mengadakan majlis doa selamat yang dihadiri keluarga, anak-anak tahfiz dan rakan terdekat sahaja.

"Saya memang tidak ada perancangan untuk mengadakan sebarang majlis baby shower untuk menyambut kelahiran bayi sulung.

"Baru-baru saya dan suami ada membuat majlis doa selamat yang dihadiri keluarga, anak-anak tahfiz serta rakan terdekat sahaja," katanya yang dijangka bersalin pada Mac depan.