Wed02212018

LAST_UPDATEWed, 21 Feb 2018 9am

Hidup Glamor Tapi Kesunyian

..

Popular dan menjadi kegilaan ramai peminat, secara zahir ikon fesyen dan penyanyi terkenal G-Dragon (GD) memang nampak indah.

Namun di sebalik kejayaan dan kehidupan yang dijalaninya, ketua kumpulan Bigbang ini mengaku dia sebenarnya kesepian.

"Saya kesepian. Hidup saya glamor tapi kesunyian

"Hari ini setelah bertemu 50 ribu orang saya kembali ke bilik dan bersendirian."

"Bebannya besar. Apa ertinya memiliki sesuatu yang baik?," luahnya.

Tambahnya bintang yang kini menunggu hari untuk menjalani latihan ketenteraan lagi, dia tidak dapat berbuat apa-apa dengan kehidupanya yang sunyi itu.

"Sayangnya tak ada jalan penyelesaian untuk itu," ujarnya.

Perasaan itu diluahkan dalam satu temubual yang dimuatkan dalam DVD konsert solonya yang di beri nama "MOTTE" yang berlangsung di Jepun.

Pada 17 September tahun lalu, GD berkunjung ke Malaysia dan mengadakan konsert sama bertempat di Stadium Merdeka. Ketika itu dia juga ada mengungkap bahawa dia lebih mahu dikenali dengan nama sebenarnya, Kwon Ji Young berbanding nama pentasnya. Luahan itu seolah-olah menggambarkan GD sudah letih menjadi artis sensasi sebaliknya dia mahu menjalani kehidupan sebagai orang biasa.