Sun05272018

LAST_UPDATESun, 27 May 2018 11am

Azmil Tak Sempat Saksikan Majlis Pernikahan Anak

..

Allahyarham pelakon Azmil Mustapha menghembuskan nafas terakhir tanpa sempat menyaksikan anak sulungnya, Nur Syamira, 33, melangsungkan pernikahan pada bulan Julai depan.

Memetik laporan Kosmo! Nur Syamira berkata, kali terakhir dia berbalas mesej dengan Azmil ialah beberapa hari lepas dan memberitahu mahu bertemu dengannya.

"Biasanya Baba akan membalas okey sayang, kalau saya beritahu ingin berjumpa tetapi kali ini, dia hanya cakap Insya-Allah.

"Saya sedikit terkilan kerana arwah tidak sempat terlibat dengan majlis pernikahan yang bakal berlangsung Julai hadapan tapi saya reda kerana Allah lebih menyayangi Baba,” katanya.

Azmil, 65, meninggal dunia dalam tidur akibat komplikasi jantung sewaktu menanti untuk keluar membeli makanan.