Fri06222018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 7pm

Bakal Bernikah, Dynas Berdebar Tunggu April

..

Aktres Dynas Mokhtar kini sedang menghitung hari menjelang hari pernikahannya yang dijadualkan berlangsung pada April ini.

 

Memetik laporan mStar online, pelakon drama Syurga Yang Kedua ini berkata dia masih belum membuat persiapan sepenuhnya.

"Jujurnya, perasaan gementar itu dah mula dirasai sebab tak lama sahaja lagi bulan April dan persiapan pun tak sepenuhnya," katanya.

Pelakon berusia 34 tahun ini bertunang dengan usahawan, Shazrik Din di kediaman keluarganya di Shah Alam, pada Oktober tahun lalu.

Sebelum ini, Dynas pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Mohamed pada 15 Mac 2008 namun mereka bercerai pada 25 Februari 2014 di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6 tahun.

Perkembangan lain, Dynas kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama KL Gangster Underworld untuk siaran iflix dan Inai Yang Hilang (NTV7).

Dia juga baru membuka restoran baharu diberi nama 4play Publika yang terletak di ibu negara.