Sun06242018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 9pm

Fazura Tawarkan RM1000, Minta Bantuan Netizen Carikan Jem

..

Aktres jelita Fazura yang kehilangan kucing kesayangannya sejak beberapa minggu lalu telah meminta bantuan orang ramai untuk mencari kucing berkenaan.

Menerusi aplikasi Insta Story, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini memuat naik posting menawarkan ganjaran sebanyak RM1,000 kepada sesiapa yang berjaya menemui kucing tersebut.

"Masih hilang!, tolong cari kucing saya, kali terakhir kelihatan di Parkville Sunway Damansara RM1,000 ganjaran menanti anda)," tulisnya.

Kucing yang diberi nama Jem itu merupakan haiwan kesayangan keluarga mereka yang hilang di rumah keluarganya di Petaling Jaya.

Selain itu, Fazura meminta bantuan tersebut berikutan kawasan tempat tinggal keluarganya tidak boleh menampal sebarang poster untuk tujuan mencari kucing tersebut.

Pelakon filem Ayat-Ayat Cinta 2 itu meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubunginya menerusi mesej peribadi di Instagram.

"Kami sayang Jem dan sangat merinduinya," tulisnya.