Fri06222018

LAST_UPDATEFri, 22 Jun 2018 7pm

Aliff Syukri Tak Layak Jadi Penyanyi, Pelakon - Amyza Adnan

..

Pelakon Amyza Adnan menganggap jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri tidak layak bergelar pelakon atau penyanyi kerana tidak mempunyai bakat seni tersebut.

Memetik laporan mStar online, sebagai orang yang lebih berpengalaman dalam bidang itu, Amyza mengingatkan Aliff agar tidak menggunakan bidang seni sebagai platform untuk memperluaskan empayar perniagaan kosmetiknya.

"Kau paksa orang untuk cakap kau bagus berlakon dan menyanyi, masalahnya bagus ke?

"Aku benci orang berduit kaya raya ni menggunakan platform seni untuk empayar bisnes dia orang. Ini tempat kami cari makan. Bisnes kami, dia tidak layak sebab tiada bakat langsung," tulisnya di akaun media sosial

Amyza menulis komen berkenaan pada status pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin bagi mengulas tentang tindakan Aliff Syukri yang melenting apabila lakonannya dalam filem Badang dikritik penonton.

Menurut Shahrulezad, Aliff seharusnya menerima komen negatif daripada penonton yang sememangnya menjadi lumrah industri seni.

Katanya, dia yang sudah melibatkan diri dalam industri sejak 20 tahun lalu masih menerima pelbagai kritikan.

"Abang yang dua puluh tahun orang kutuk drama pun telan saja dengan kritikan itu sebab tahu dengan kritikan itulah kita akan belajar dan perbaiki," ujarnya.

Tambahnya, kekayaan yang dimiliki oleh usahawan itu tidak semestinya mampu membeli kata-kata pujian dan sanjungan semua pihak.

..

Terdahulu, Aliff dikatakan kecewa dan terguris kerana lakonannya yang membawakan watak sebagai Badang dikritik penonton.

Pengasas D'herbs ini menerusi Instgramnya Isnin lalu meminta netizen tidak mengecam lakonannya secara melampau dan menghargai bakat serta penat lelahnya berlakon.

Mula ditayangkan sejak 15 Februari lalu, filem arahan Profesor Datuk Dr A Razak Mohaideen itu turut menampilkan Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Azhari Zain, Aminah Rhapor dan Fareez Fauzi.

Selain membintangi filem Badang, Aliff juga pernah melancarkan lagu berjudul Abang Nak Tegur, duet bersama usahawan kosmetik, Nur Sajat.