Mon06182018

LAST_UPDATEMon, 18 Jun 2018 11am

Rafidah (3R) Sangkal Dakwaan Kahwin Kaum 'Sejenis'

..

Sejak minggu lalu, kecoh mengenai bekas pengacara program 3R, Rafidah Abdullah dikatakan telah 'berkahwin' dengan kaum sejenis di Australia.

Rafidah bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut. Menerusi status profil akaun Instagram miliknya, wanita berusia 42 tahun itu menyifatkan perkara tersebut berunsur fitnah.

"Sedang mengumpul pahala daripada fitnah orang," tulisnya

Laporan Harian Metro menyebut, Rafidah turut menafikan perkara itu menerusi jawapan di Direct Message (DM) kepada seorang pengikut di laman Instagram miliknya yang bertanyakan mengenai perkara itu.

"Hahahahahaha bodoh la semua ni fitnah je. Sesiapa yang kaki gosip tu, kalau nak buat search pendaftaran kahwin ke, ataupun nak check passport akak sekalipun, dipersilakan sebab sah-sah tak ada.

"Adik jangan risau, akak relax je di samping kucing-kucing tersayang. Layan binatang lagi berbaloi dari layan manusia," jawab Rafidah.

Spekulasi itu timbul sejak Sabtu lalu selepas sebuah forum gosip berkongsi kisah yang menggunakan tajuk Siapa Pengacara Wanita Kahwin Pasangan Sejenis di Australia?

Dalam masa sama, gambar Rafidah dan wanita yang didakwa pasangannya itu mengundang pelbagai persoalan apabila memaparkan gambar mereka menunjukkan cincin di jari.

Malah kapsyen pada gambar itu juga solah-olah menggambarkan mereka sudah 'berkahwin' seperti yang tersebar.

"We...? hells yeah, we are! signing my death warrant/agreement to be enslaved. no hashtag, no photoshoot, no special dress. Just love. We did it. Many thanks, friends.

You've been great!" tulis wanita itu di laman instagram miliknya.

..