Sun06242018

LAST_UPDATESat, 23 Jun 2018 9pm

Berang Anak Difitnah, Izreen Azminda Balas Dengan Kenyataan Sinis

..

Aktres Izreen Azminda menerusi Instaramnya menegaskan anaknya Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun adalah hasil perkahwinan pertama dengan juru kamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan tiada kaitan untuk dia melakukan perbuatan sumbang dengan Amar.

"Sampai anak saya awak nak babitkan! Nak mengata saya pun mengata dan tabur dosa dekat saya jerlah. Yang nak babitkan anak Amar dan anak saya yang tak berdosa ni dah kenapa?.

"Saya berkahwin dgn bekas suami 30.8.2012 dan anak saya lahir pada 13.07.13. Kalau anak orang lain apa jadahnya betahun-tahun dalam perut," tulisnya.

Izreen memuat naik kenyataan tersebut sebagai membalas tuduhan individu yang tidak bertanggungjawab mengatakan dia mempunyai hubungan dengan Amar sehingga melahirkan Muhammad Adrian Umar.

Pihak berkenaan telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan foto anaknya bersama wajah anak pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli dicantumkan dan mengatakan kanak-kanak itu berwajah seiras yang berkemungkinan daripada darah yang sama.

..

Dalam pada itu, Izreen turut memberi amaran kepada pemilik akaun itu agar berhenti daripada terus tidak menabur fitnah kepada bayi yang tidak berdosa. Malah dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya pihak tersebut masih lagi memfitnahnya.

Izreen juga dengan nada berbaur sinir berkata dia bagaimanapun bersyukur kerana walaupun difitnah namun kini dia tetap menjalani kehidupan yang bahagia bersama keluarganya.

"Alhamdulillah atas fitnah yang dilemparkan, janji saya bahagia atas rezeki dan ketentuan yang Allah berikan untuk saya", tulisnya

Pelakon drama Asam Pedas Pewitt ini pernah mendirikan rumah tangga Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada 2014.

Dia kemudian berkahwin dengan pemuzik bebas Muhammad Radzi Wahid atau Ude, 29, pada Ogos lalu.